FAQs
Apa itu GovBizTravel?
GovBizTravel ialah platform tempahan perjalanan atas talian yang direka dan disesuaikan untuk badan kerajaan.
Produk apa yang boleh ditempah di portal GovBizTravel?
Pengguna boleh menempah tiket penerbangan, hotel, airport transfer dan produk perjalanan lain pada harga terbaik, dan terima faedah eksklusif daripada rakan perniagaan kami apabila anda membuat tempahan.
Faedah apa yang akan saya terima daripada GovBizTravel?
Pengguna akan menerima laporan dan analisis penuh tentang perbelanjaan perjalanan mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja melalui portal GovBizTravel.
Pengguna akan nikmati kadar istimewa untuk penginapan terpilih, tambang dan ganjaran eksklusif apabila mereka menempah penerbangan daripada rakan syarikat penerbangan kami, serta tambang istimewa daripada KLIA Ekspres apabila anda memerlukan pengangkutan ke lapangan terbang. Di samping itu, Blue Ribbon Bags menyediakan Delayed Baggage Protection Ancillary yang menawarkan jaminan pampasan sebanyak USD1000.
Pembayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui VISA, MasterCard dan American Express.
Bagaimana untuk daftar?
1. Sila akses pautan berikut dan isi maklumat yang diperlukan. [link]
2. Apabila kami terima borang pendaftaran anda, kami akan mewujudkan kelayakan dan emelkan butiran kepada anda untuk mengakses portal.
3. Anda perlu akses [link] dengan kelayakan dan kata laluan anda untuk mengakses portal GovBizTravel untuk penempahan anda.
Bagaimana untuk hubungi kami?
Kami menyediakan Chat Box khas untuk berkomunikasi dengan kami secara langsung.
Anda juga boleh emel kami di govbiztravel@sutra.my.